xleh highlight

Wednesday 1 February 2012

HENDAK MENCONTOHI RABIATUL ADAWIYAH TIDAK BERKAHWIN ??

PERSOALAN 




Saya sangat meminati kisah-kisah Rabiatul Adawiyah. Saya ingin jadi sepertinya, menghambakan diri kepada Allah seumur hidup semata-mata kerana Allah tanpa berkahwin. 



PANDANGAN 



Niat untuk jadi seperti Rabiatul Adawiyah memang baik. Secara peribadi saya memang 


menggalakkan. Tapi anti boleh juga mencontohi mereka yang lebih baik daripada Rabiatul 


Adawiyah iaitu Khadijah (isteri Nabi), Aisyah (isteri Nabi) dan Fatimah (anak Nabi, isteri 


Saidina Ali). Mereka tentunya lebih baik daripada Rabiatul, dan mereka berkahwin. 




Fatimah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW adakah wanita lain yang akan 


mendahuluinya masuk ke dalam syurga. Nabi Muhammad menyebutkan seorang wanita. 


Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut. Rupanya amalan yang membolehkan wanita itu 


mendahuli Aisyah mudah sahaja. Sewaktu suami wanita itu pulang dari bekerja, wanita itu 


telah siap menunggu dengan air minuman kalau suaminya dahaga, rotan untuk suaminya 


memukulnya senadainya dia ada melakukan apa-apa kesalahan dan menyelakkan sedikit 


kainnya jika si suami memerlukannya. Wanita yang mendahuli Fatimah ini seorang yang 


berumahtangga. 



Rabiatul Adawiyah juga ada dua orang. Kedua-duanya wali Allah. Yang lebih terkenal itu 


ialah Rabiatul di Basrah. Seorang lagi Rabiatul di Syam (ada ulama mengatakan bahawa 


nama sebenarnya Rayiatul Adawiyah). Rabiatul di Syam ini bersuami. Setelah kematian 


suaminya, dia sendiri pula meminang seorang ahli sufi lain sebagai suaminya. 



Kalau kita seorang yang cenderung kepada keagamaan, maka eloklah kita berumahtangga. 


Ini kerana genetik baik (iaitu cenderung ke arah agama) itu beserta tarbiyyah kita 


insyaallah akan diwariskan kepada anak-anak. Sebab itu para sahabat majoritinya 


berpoligami, hingga mereka menghasilkan generasi tabiin yang merupakan generasi terbaik 


selepas zaman sahabat. Orang-orang alim juga digalakkan berpoligami agar baka baik 


mereka boleh turun kepada anak-anak dan seterusnya membanyakkan umat Nabi 


Muhammad yang baik-baik. 



Ringkasnya, anti boleh memilih mana yang anti rasa terbaik. Renung-renungkan. 


Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment