xleh highlight

Sunday 12 August 2012

Pinggan Antik Bersalut Emas & Batu Loket Antik


Pinggan pusaka bertepi emas hendak dijual, terdapat lima set pinggan.




Batu Loket antik untuk dijual


Harga permulaan adalah RM 1000
Jika berminat sila email ke [nahcodamage@yahoo.com]

Sunday 5 August 2012

Penjelasan Status Zikir Taubat (Al-I'tiraf)

Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا


Berikut bait-bait yang mahsyur yang dinisbahkan sebagai zikir taubat/munajat dan nama lain, wallahua'lam.




إِلَهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلَا
وَلَا أَقوَى عَلَى النَّارِ الْجَحِيمِ

فَهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوبِي
فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنبِ الْعَظِيمِ


Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu
Namun Aku tidak sanggup ke neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar


Bait-bait di atas sebenarnya bukanlah zikir yang thabit daripada zikir Rasulullah s.a.w. Tidak ditemukan di dalam mana-mana kitab hadith sama ada khutub sittah (kitab hadith yang enam) seperti  Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi,dan Sunan an-Nasai'e mahupun kitab hadith  yang lainnya seperti Al-Muwaththa' Al- Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sunan ad-Darimi, Sahih Ibnu Khuzaimah, Sahih Ibnu Hibban, Mu'jam Al-Kabir, Mu'jam Al-Ausath, Mu'jam As-Saghir (at-Thabarani), Sunan ad-Daruquthni, Mustadrak Al-Hakim mahupun Sunan al-Kubra al-Bahaqi. Jika anda menyemak dan menemukan bait ini di dalam kitab di atas maka penulis sedia menerimanya dan penulisan ini mansukh dengan sendirinya.

Sepanjang pengetahuan penulis, bait-bait ini dinisbahkan kepada beberapa tokoh tertentu antaranya ialah:

1. Daripada al-Imam As-Syafie dalam kitab  Diiwaan al-Imam al-Syafie. Tidak ditemukan bait-bait diatas di dalam al-Diiwaan sebagaimana yang didakwakan.

2. Daripada Rabiatul Adawiyah. Dakwaan diatas tiada asalnya, tiada bukti yang menunjukkannya dan tiada dinuqilkan dalam mana-mana kitab kibar ulama'.

3. Daripada Syair Abu Nawas.

4. Daripada Ash-Sha'raaniyy dalam I'aanah At Taalibiin.

Maka yang thabit adalah datangnya dari  seorang tokoh sufi bernama Ash-Sha'raaniyy dalam I'aanah At Taalibiin yang menyebut bahawa orang yang mengamalkan membacanya secara tetap pada hari Jumaat maka dia akan mati dalam Islam tanpa syak. Lajnah Daa'imah mengeluarkan fatwa membid'ahkan amalan membaca bait-bait ini selepas Jumaat namun tidak mengingkari maknanya yang boleh diinterpretasi dengan beberapa cara.

عن سيدي عبد الوهاب الشعراني - نفعنا الله به - أن من واظب على قراءة هذين البيتين في كل يوم جمعة، توفاه الله على الاسلام من غير شك، وهما: إلهي لست للفردوس أهلا * * ولا أقوى على نار الجحيم فهب لي توبة، واغفر ذنوبي * * فإنك غافر الذنب العظيم ونقل عن بعضهم أنها تقرأ خمس مرات بعد الجمعة..


Maka bait diatas bukanlah bait zikir yang thabit dari Rasulullah s.a.w dan ia tidak boleh diamalkan sama sekali sebagai zikrullah baik ketika sesudah solat, ketika qiamullail dan sebagainya atas dasar ibadah. Sebagi umat Islam, kita seharusnya memohon kepada Allah akan rahmatnya untuk ke syurga dan bukan ke neraka. Menyatakan tidak layak untuk ke syurga adalah tidak tepat kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya, sesiapa sahaja yang dikehendakiNya boleh berada dalam syurga, insyaAllah. Lemahnya bait ini jika dianggap  zikir adalah kerana bait ini dengan jelas menyalahi hadith Rasulullah s.a.w:


فإذا سألتم الله فسلوه الفردوس
الراوي:أبو هريرة المحدث:البخاري - المصدر:صحيح البخاري- الصفحة أو الرقم:7423

"Jika anda meminta dari Allah, mintaklah syurga Firdaus" (Riwayat al-Bukhari no 7423)


Cara Beramal Dengan Bait Ini

Menyatakan bait ini adalah zikir merupaka bid'ah dan satu kesalahan yang besar kesannya. Apatah lagi beramal dengan nya yang mana ia tiada sandaran yang thabit dari zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Adapun begitu tidak menjadi kesalahan jika ia dinisbahkan sebagai syair, nasyid, dan sebagainya dan bukan sebagai suatu bentuk zikrullah. Berikut adalah terjemahan daripada keseluruhan bait syair tersebut:


Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu
Namun Aku tidak sanggup ke neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
Terimalah taubatku Wahai Tuhan yang Maha Tinggi
Dan usiaku berkurang setiap hari,
Dan dosaku pula bertambah setiap masa
Tuhanku, hamba-Mu yang sering melakukan
maksiat telah datang kepada-Mu
Senantiasa Berbuat dosa, dan sesungguhnya
telah berdoa kepada-Mu
Jika Kau ampunikan, maka itu hak-Mu
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi
yang hendak kami harapkan seperti-Mu 




Menerusi bait-bait ini maka tidaklah menjadi suatu kesalahan disisi syara' jika ia diungkapkan sebagai syair arab atau nasyid atas beberapa alasan berikut:

1.  Tidak ada satu ayat pun yang menunjukkan bahawa si hamba itu berkata bahawa dia tidak mahu ke syurga, ia hanya menyatakan yang dengan keadaan dirinya sekarang bahawa tidak layak syurga itu untuknya. Bukan tidak mahu ke syurga. Tidak mahu ke syurga dan tidak layak ke syurga adalah dua ayat yang berlainan maksudnya.


2. Syair ini berbentuk rintihan, luahan hati. Ia selari dengan maksud 'kita tidak masuk syurga sebab amal kita, sebaliknya dengan rahmat Allah'. Ia hanya satu rintihan seorang hamba, yang mengakui bahawa amalnya tak banyak, amalnya tak mampu bawa dia ke syurga, melainkan kalau Allah yang izinkan kerana amalan bukan penentu mutlak seseorang itu ke syurga melainkan dengan rahmatNya. 



Kesimpulan 

Bait-Bait tersebut bukanlah zikir dan tidak boleh menisbahkannya sebagai zikir apatah lagi beri'tiqah dan mengamalkannya sebagai zikir. Banyak zikir-zikir yang terkandung dalam hadith-hadith sahih yang tidak kita amalkan sepenuhnya lagi, jadi tiada sebab untuk mewujudkan zikir lain yang tiada sandarannya dari Rasulullah s.a.w. Adapun begitu ia boleh diamalkan dalam bentuk syair arab atau nasyid sebagai rintihan kita, hamba yang mengharapkan rahmat Allah s.w.t ke syurga. Penjelasan dan kefahaman yang benar amat penting untuk mengelakkan ummah salah faham antara perkara yang mengikuti sunnah dan perkara yang menjauhi sunnah Rasulullah s.a.w. Sebarkanlah jika anda merasai ianya benar.



والله أعلمُ بالـصـواب



Friday 22 June 2012

Hak Cipta Menurut Islam | Tiada Hak Cipta Dalam Islam ??

Kenapakah hakcipta diharamkan?

Apakah nas-nas (dalil) yang menyebut bahawa hakcipta adalah haram?

Apakah perbezaan di antara mencuri ilmu dan hakcipta?


Adakah meniru hasil penulisan orang lain tergolong sebagai perbuatan mencuri?


Insya Allah, segala persoalan di atas akan dijawab serinci mungkin oleh saya. Cuma nasihat saya, cuba fahami isi kandungan artikel ini sebelum memberi respon. Terima Kasih

Tidak menghairankan jika didapati ramai orang Islam berpendapat hakcipta adalah halal kerana penguasaan pemikiran barat menusuk ke dalam pemikiran orang-orang Islam tanpa mereka sedari. Sebelum membentangkan hujjah bahawa Islam melarang hakcipta, umat Islam mesti faham bahawa jika orang-orang Barat membenarkan hakcipta terpelihara itu bukan bermakna umat Islam mesti menjadi pak turut dan bersetuju bahawa Islam juga menjamin hakcipta. Bagi membolehkan seseorang itu mengatakan ia dibenarkan atau tidak ; dalil (bukti) mestilah diperolehi dari Al-Qur’an atau Sunnah Atau Ijmak Sahabat (persetujuan para sahabat Rasulullah SAW) atau Qiyas. Dalil yang mengharamkan hakcipta adalah seperti berikut:

Rasulullah SAW bersabda: “Perkara yang paling layak untuk kamu dibayar ialah Kitab Allah” bermakna mengajarnya. Oleh itu jika perkara paling baik supaya kita boleh dibayar ialah mengajar Kitab Allah, maka apa salahnya jika kita dibayar untuk perkara-perkara yang lain selain dari pada Kitab Allah SWT. Walaupun begitu aktiviti menulis buku umpamanya hanyalah merupakan usaha merakamkan ilmu. Oleh kerana menyampaikan ilmu yang dirakamkan adalah sama dengan merakamkannya seperti dalam bentuk penulisan, kita dibenarkan oleh Islam untuk menerima bayaran. Rasulullah SAW pernah mewajibkan tawanan perang Badar mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sebagai tebusan . Ini adalah bukti bahawa kita dibenarkan mengupah orang untuk menyampaikan ilmu.

Apabila ilmu itu telah disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan, maka ilmu yang diterima oleh seseorang itu menjadi haknya. Oleh itu, orang yang menerima ilmu itu berhak menyampaikannya kepada orang lain sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan dan boleh mendapat bayaran darinya. Oleh itu mereka yang diajar membaca dan menulis oleh tawanan-tawanan Perang Badar berhak mengajar orang lain tanpa mendapat izin dari orang-orang yang mengajar mereka. Tambahan pula, ilmu secara umumnya adalah dibenarkan (mubah). Dibenarkan bermaksud semua oramg dibenarkan menerima ilmu, dibayar kerana mengajarnya (sesiapa sahaja yang mengajarnya dan tidak semestinya orang-orang yang mula-mula mengajarnya). Ilmu adalah hak milik sesiapa sahaja yang memilikinya dan bukan hanya hak milik orang yang mengajarkannya sahaja. Oleh itu, selagi seseorang memiliki ilmu, ilmu itu adalah miliknya tetapi jika dia mengajarkannya kepada orang lain, dibenarkan bagi sesiapa pun untuk menggunakan ilmu tersebut melalui sebarang kaedah tanpa izin pemilik ilmu yang asal.

Oleh itu tiada siapa berhak untuk memiliki hakcipta kerana apa yang ditulis dalam buku contohnya adalah ilmu. Selagi seseorang memiliki ilmu itu, itu adalah haknya tetapi apabila dia telah mengajarkanya kepada orang lain secara lisan atau penulisan atau melalui mana-mana kaedah, maka orang lain yang menerima ilmu itu berhak menggunakan ilmu itu termasuk menerima bayaran kerana mengajarnya. Oleh itu, membuat hakcipta adalah satu perbuatan yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT. Menguatkuasakan peraturan hakcipta adalah perbuatan mengharamkan ilmu dari diperolehi dan diajar dan ini bertentangan dengan Islam yang menggalakkan pengembangan ilmu. Oleh itu, diharamkan bagi sesiapa pun untuk mempunyai hakcipta.

Walaubagaimanapun, ini bukan bererti bahawa apabila seseorang membeli buku atau program komputer contohnya dan mendakwa bahawa beliau (pembeli) adalah pengarang buku itu atau program komputer itu. Dakwaan seperti ini adalah pembohongan (Bukan tergolong sebagai perbuatan mencuri dan diharamkan oleh Islam).

Disamping itu, jika buku atau program komputer itu diperolehi secara sah disisi Islam, adalah milik orang yang memperolehinya. Oleh itu sebagaimana dengan barang pemilikan lain, buku atau program yang mengandungi ilmu itu boleh dijual, disewa, diajar dan sebagainya. Oleh itu sesiapa yang mengatakan bahawa seseorang boleh memiliki sesebuah buku atau program komputer yang ditulis oleh orang lain tetapi tidak boleh menjualnya atau menyewakannya atau menghadiahkan apa yang dimilikinya sebagaimana yang dibenarkan oleh Islam ke atas pemiliknya bermakna mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Islam.

Tentang isu mencuri ilmu seseorang, terdapat 3 syarat dalam Islam yang menjadikan sesuatu perbuatan itu dikategorikan sebagai mencuri:


(1) Mengambil barang tanpa mendapat izin pemilik barang tersebut.

(2) Mengambil barang dari tempat yang lazimnya ia disimpan.

(3) Nilai barang itu melebihi nilai minimum yang ditetapkan oleh Islam sbg perbuatan mencuri

Oleh yang demikian, perbuatan seperti meniru ilmu atau mengajar ilmu kepada orang lain atau mendapat bayaran hasil dari mengajar ilmu walaupun ilmu itu asalnya datang dari orang lain ia tidak termasuk ke dalam ketiga-tiga syarat yang ditetapkan di atas dan Islam tidak mengkategorikannya sebagai perbuatan mencuri..

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang terpengaruh dengan pola pemikiran bukan Islam. Jadikanlah Islam sebagai mabda’/ideologi yang memandu kehidupan kita.

Wallahu A’lam


“penyalinan semula artikel ini adalah amat- amat dialukan untuk disampaikan kepada orang lain. Semoga usaha kita diberkati oleh Allah”

Saturday 24 March 2012

TEKA TEKI IMAM GHAZALI

TEKA TEKI IMAM GHAZALI
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : 

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? 
Murid 1 = " Orang tua " 
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Wednesday 29 February 2012

HUDUD - Ciptaan atau Tidak | Perbahasan Ilmiah

 
SOALAN : Apakah pandangan Tun mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dan kenapa sesetengah negeri di Malaysia yang diperintah kerajaan yang beraliran Islam di Malaysia tidak menjalankan di negeri mereka sendiri.

Jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohammad :
Kita harus tahu apakah dianya hukum ini . Yang pertamanya hukum hudud ini  dibentuk oleh ahli-ahli Feqah. Dia tidak terdapat dalam quran. Dalam quran ada hukum-hukum tidaklah begitu keras  seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Feqah.  
Sebab itu sebelum kita nak laksanakan  sesuatu kita harus rujuk kepada Quran kerana tulah punca kepada asas kepada agama kita . Dan kalau kita baca Quran dalam bahasa yang kita faham , kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham . Dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji baca dalam quran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum , hukumlah dengan adil. 
Dalam Islam yang utama bukan hukuman , bukan saksi yang empat tapi kita hukuman yang adil . Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama , ada pendapat disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di Malaysia. 
Mereka berkata hukum hudud ini akan dilaksanakan untuk orang Islam shj , orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan sesuatu jenayah. Mencuri umpanya , apabila kita hukum mereka , yang Islam kita potong tangan yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan . Kalau kita tanya pada diri kita , apakah ini adil ? 
Adilkah orang Islam putus tangan , orang bukan Islam masuk jel dua bulan lepas tu keluar bebas, ADILKAH ? Kalau jawapannya TIDAK ADIL, maknanya dia bukan islam. Dalam Islam hukuman mesti adil. 
Kalau kita dapati kes rogol seumpamanya, sebenarnya dalam surah An-Nisa, tak ada hukuman yang di ... apa yang dipanggil hukum hudud. Apabila seorang wanita dirogol , dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat mengadakan empat orang yang bebas dari dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh sipolan-sipolan ...Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi , apabila dia membuat tuduhan, tuduhan ini akan dianggap sebagai tuduhannya sendiri , dan dengan ini dia akan dihukum sebat sebanyak 80 kali. 
Kemudian, jika dianya hamil , melahirkan anak, maka ,  dia dituduh pula berzina . dan kemudian hukuman bagi mereka yang berzina , ini tiada dalam quran , tapi ahli feqah kata , rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh , perogol dilepas semata-mata tak ada empat orang saksi , ini semua ditambah tokok kepada agama kita, sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini .  
Kerana kita berpendapat, kalau hukuman ini kalau berat kita ni Islam , tak benar. Dalam Quran , kalau kita baca dalam bahasa yang kita boleh faham , kita akan dapati kalau hendak dihukum, hukumlah dengan adil , yang utama ialah ADIL , bukan soal saksi , bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan . 
Sebab itu mereka yang membuat cadangan nak laksanakan hukum hudud, mereka bukan bercakap mengenai HUKUM ISLAM tetapi  ianya ialah ciptaan mereka sendiri  dan kita tak dapat terima . TERIMA KASIH. 

 LINK VIDEO 


Baiklah tujuan saya membuat entri ini adalah untuk memberikan peluang kepada pembaca yang boleh MENYANGKAL hujah Pencadang dengan memberi hujah-hujah beserta dalil-dalil Al-Quran, Hadis sahih atau apa saja bukti ilmiah yang dapat memberi lebih pencerahan tentang perkara ini.


Anda boleh memberikan Hujah anda di ruangan Komen entri ini. Peringatan, komen yang mengutuk dan menghina tidak akan disiarkan, anda hanya boleh memberi komen berilmiah sahaja. 

Thursday 23 February 2012

Asal usul Melayu dari ISRAEL??.


BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)
 
Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa ‘lost tribe’ dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.
Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?
Dari mana salsilah “Melayu” . Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? . Kenapa? .
MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?? . Apakah itu “3Mim” ?
Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism… kenapa?
MELAYU – JAWI
Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka…dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur!
Keturah, Ibu Melayu
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.
Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.
Apa maknanya semua ini?
Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.
Tapi… siapakah Keturah??
Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .
Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s .Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S) .Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’ tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.
Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland? Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).
Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha
Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi.Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s).Sedangkan kan hipothesis dari Dr.Ralp Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kpd Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puan ‘Bnaei Menasseh’ di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam.Oleh krn itu,bangsa Mala yg sifatnya tidak menyenangi ‘Yahudi’ ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dlam perigi oleha saudaranya Shimon dan Yehudah.
Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh(Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s,sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel.Samalah dlm kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.d itu Yahudi,lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s.Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adek kpd Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dgn bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.
Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan Sutera’ untuk turun ke Yunnan,Mekong dan Indochina hinnga terserap dlm bangsa Mala(Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam).Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.
Jadi bani Israel merangkumi keturunan NabiIbrahim turun kpd Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adlah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau,link: www.mormonslocation.com).Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus utk lost tribe disebelah South East Asia region.
Link: Buku Ralph A Olsen & DNA (KAJIAN UKM)

Artikel ini hanyalah teori semata2 anda diminta membuat kajian dahulu sebelum mempercayainya

Wednesday 22 February 2012

Sejarah Melayu dan ILLUMINATI | The Malay History

Illuminati dan sejarah Melayu


Illuminati dan sejarah Melayu

Artikel ini mungkin agak femes, tapi saya percaya mungkin ada yang belum baca.....

-------------------------------------------------------


Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita dalam usaha membangkitkan Islam dari Timur.

Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini.

Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.

Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.
Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.

Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.


Tujuannya ialah:

MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.

Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.

Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.

Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.

Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!

Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.

Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India?Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.

Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.

Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.


WAKIL-WAKIL SECRET SOCIETIES DI TANAH MELAYU

Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.

Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.

Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.


KEINGINAN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.

Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.

Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.

Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).

Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.

Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.


PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU

Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.

Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?



APA RAHSIANYA?

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!

Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.

Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.Tetapi mereka terlambat.


PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.

Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.

Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang').

Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.

Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.

SEbab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.

Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.APA RAHSIANYA?


DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui 'secret societies' di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.


KONGSI-KONGSI GELAP CINA DI TANAH MELAYU

Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.

Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.


ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.


AMUK

Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA.Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka.TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'.Apabila sampai satu tahap,ALTER AMUK mereka akan meletus.Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil?Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.

Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.


JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.

Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.

Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),khasnya di Tanah Melayu?

Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.

Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.

Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka?

Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit.