xleh highlight

Thursday 20 June 2013

Semoga berjaya mencari sahabat sejati tanpa kepentingan peribadi.

NASIHAT IMAM SYAFIE

PANDUAN BERSAHABAT

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.  Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.  Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.  Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.  Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.  Kalau duka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?  Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.  Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.  Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku.  Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.  Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.  Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya.  Peliharalah cintamu terhadap mereka.  Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.  Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.  Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku.  Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.  Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.  Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.


8.Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati.  Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.
Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.  Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.  Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.  Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.  Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.  Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.  Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.  Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.  Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.  Berpisah dengannya bererti istirehat.  Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.  Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.  Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Thursday 7 March 2013

Madah Imam Syafie | Lanteraku


IMAM Al-Shafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud ajaran 
Islam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati 
pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud di sebalik 
ajarannya. 

Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju 
kehidupan, selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan 
yang dilakukan. 

Antaranya:-


Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dan
kecantikannya murah hati.


Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada
dalam kekurangan.


Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada
kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah


Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.


Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana
pilihan),sedangkan kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul
Idhthirar (kerana terpaksa).


Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyak
berkhalwat (menyendiri), mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang
bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orang
berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.

Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada
segala perbuatan tercela.


Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya
dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.


Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak
ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.


Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia
menginginkan kebaikannya.


Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna
dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.


Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada kemuliaan
baginya.


Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana
kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah menguasai
anda dan anda tidak bolehih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada
kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah


Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.


Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana
pilihan),sedangkan kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul
Idhthirar (kerana terpaksa).


Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyak
berkhalwat (menyendiri), mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang
bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orang
berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.


Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada
segala perbuatan tercela.


Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya
dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.


Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak
ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.


Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia
menginginkan kebaikannya.


Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna
dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.


Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada kemuliaan
baginya.


Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana
kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah menguasai
anda dan anda tidak boleh menguasainya.


Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih
tercela.


Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan
Allah kepada Ahli Tauhid. 





Sunday 24 February 2013

Cara nak halang tracker website

Kalau korang nak tau, Internet Service Provider (ISP) seperti celcom, maxis, dan lain2 yang menyediakan kemudahan internet, ada rekod untuk setiap website yang korang lawat...

korang tak akan dapat halang diorang dari track website yang korang tengok, walaupun korang dah delete segala cookies, history, dan lain2..sebab semua tu hanya di delete dari laptop korang je, tapi korang nak access website yang korang tengok kena melalui ISP ni, kalau x, xde internet la.
(HABIS LA KORANG WEBSITE APA KAU TENGOK HAH!)

so cara yang senang sekali nak halang ISP ni adalah guna TOR, tor akan guna ip address dan proxy luar negara untuk halang korang dari di track. TOR guna portable mozzilla firefox untuk berfungsi, so korang boleh simpan TOR ni dalam thumbdrive dan guna bila2 masa sebab dia portable.

KLIK UNTUK: Download TOR

kenapa aku x suggest ultrasurf (sape xtau abaikan) adalah jurutera TOR dh buat research yg ultrasurf ni xbetul lindungi kita dari tracker (sila google).

Wednesday 23 January 2013

Sajak Penyakit Masa Mudaku


Sajak Penyakit Masa Mudaku

Zaman remajaku
aku melihat ia berlalu pergi
perlahan dan tidak pulang lagi
tiada apa yang perlu dikata
tiada apa yang perlu dibuat
dan tidak aku peduli

Aku tidak peduli
pada masa yang berlalu
pada masa yang menekan
penyakit masa mudaku
aku tidak pernah mencintai
walau satu nyawa
kecuali diriku
walaupun dia adalah kamu
dan aku gembira bersama kamu
dan aku masih lagi gembira tanpa kamu

Aku tidak peduli pada angin
yang membawa khabar berita
aku hanya peduli pada hidupku
aku tidak peduli tentang cerita gilamu
dan malangnya
aku juga tidak peduli tentang kegembiraan
yang dibawa oleh masa selama ini
aku tidak peduli pada lagu sedih
aku tidak peduli pada kunci yang membuka peti
aku tidak peduli pada amaran bumi

Aku tidak peduli pada hukum karma
aku tidak peduli pada hari esok
aku tidak peduli pada kesedihan
aku tidak perlukan sesiapa
dan sesiapa juga tidak perlukan aku
dan aku telah menyeksa masa
dan kini adalah giliran masa pula
perjalanan hidupku
perjalanan yang panjang
dan aku tidak berkata apa-apa