xleh highlight

Friday 27 January 2012

TANDA-TANDA AJAL HAMPIR TIBA ~ TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

TANDA-TANDA AJAL HAMPIR TIBA
 
 
 
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
 
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud
cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.  Rasulallah SAW diriwayatkan
masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat
secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut  dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda.
 
Imam Ghazali rahimahullah
diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini  sehinggakan beliau mampu
menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut  secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan  termasuk mandinya,
wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai  bahagian tubuh dan
kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam  Ahmad Ibnu
Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
 
Beliau wafat ketika Imam  Ahmad
bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.  Adapun riwayat -riwayat
ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah  SWT tidak pernah
berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan  adalah untuk
menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia  dalam
perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda
ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang
kafir  iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus
di rentap  tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka
kepada Allah SWT.
 
 
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
 
 
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
 
 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau
tidak sahaja.  Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging
lembu  yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita
akan  mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.  Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.  Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan  kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu  sahaja tanpa
sebarang munafaat.  Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik  untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan  dan  urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.
 
 
Tanda 40 hari sebelum hari mati
 
 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok
yang letaknya di atas Arash Allah SWT.  Maka malaikatmaut akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat  persediaannya ke atas kita
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita  sepanjang masa.  Akan
terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika.  Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk  mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.
 
 
Tanda 7 hari
 
 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana  orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
 
 
 
Tanda 3 hari
 
 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri.  Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya  perut  kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang  yang akan memandikan
kita nanti.  Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang  yang  sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.  Telinganya akan
layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke  dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar  ditegakkan.
 
 
Tanda 1 hari
 
 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di  sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
 
 
 
Tanda akhir
 
 
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum.  Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri  dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada  Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
 
 
 
PENUTUP
 
 
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga
kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang
akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga
kita dapat membuat  persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan
samada dari Allah SWT  mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa
dan urusan hutang piutang
kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa
lagi  pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang  manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu
samada
doa
dari kita  sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah
ketentuan
Allah SWT  semata-mata.
 
 
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
 
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan  silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
 
 
WALLAHUA`LAM
 

3 comments:

  1. tentang riwayat saat2 kematian imam Ghazali diatas tu ada kekeliruan rasanye kat situ.......bukankah orang islam diwajibkan memandikan dan mengkafankan hanya bila berlakunye kematian jdi cmna plak kononnye imam Ghazali mandi dan mengkafankan dirinye sendiri sebelum kematiannye dan dari ini juga apakah seluruh tanda2 diatas diterima sebagai sesuatu yang sohih dan darimana pla rujukannya dan sandaran2 akan ambilannye...

    ReplyDelete
  2. DARI ADMIN: RUJUKAN
    Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu mempersiapkan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
    Abul Faraj Ibnul Jauzi menyampaikan kisah meninggalnya beliau dalam kitab Ats Tsabat Indal Mamat, menukil cerita Ahmad (saudaranya).
    Pada subuh hari Senin, saudaraku Abu Hamid berwudhu dan shalat, lalu berkata, " Bawa kemari kain kafan saya."
    Lalu beliau mengambil dan menciumnya serta meletakkannya di kedua matanya, dan berkata, " Saya patuh dan taat untuk menemui Malaikat Maut."
    Kemudian beliau meluruskan kakinya dan menghadap kiblat. Beliau meninggal sebelum langit menguning (menjelang pagi hari).
    (Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Siyar A'lam Nubala 6/34).
    Beliau wafat di kota Thusi, pada hari Senin tanggal 14 Jumada Akhir tahun 505 H dan dikuburkan di pekuburan Ath Thabaran (Thabaqat Asy Syafi’iyah 6/201).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum memandikan jenazah adalah wajib kepada orang yang masih hidup, tetapi tiada pula larangan memandikan diri sendiri sekiranya dapat merasakan kedatangan maut.

      Berkenaan Imam Ghazali, ada kemungkinan saudaranya akan memandikannya mayatnya semula apabila beliau sudah meninggal kerana tidak pula diberitahu sama ada jenazah beliau akan terus dikebumikan.

      Disebabkan kita tidak mungkin dapat mengetahui sejarah yang sebenarnya jadi tidak perlulah di persoalkan. Hanya yang Allah yang maha mengetahui dan boleh menilai perbuatan setiap insan.

      Delete