xleh highlight

Friday 13 January 2012

Bersyukur

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
 
 1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu
 malam, kerana beliau
 tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
 
 2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel
 apabila mencuci pinggan,
 kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan
 dijalanan berpeleseran.
 
 3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar,
 kerana itu bermakna kita
 masih mempunyai pekerjaan.
 
 4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu
 bermakna kita cukup
 makan.
 
 5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu
 dilap, dan rumah yang
 perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai
 tempat tinggal.
 
 6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu
 bermakna kita masih lagi boleh
 mendengar.
 
 7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok
 kerana itu bermakna kita
 ada pakaian untuk dipakai.
 
 8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian
 bekerja, kerana itu
 bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
 
 9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif,
 kerana itu bermakna
 kita masih berupaya untuk berjalan.
 
 10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi,
 kerana itu bermakna kita
 masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
 
 BELAJARLAH BERSYUKUR.......

No comments:

Post a Comment