xleh highlight

Monday 12 December 2011

AKU - KAU BERBEZA...AKU - KAU ISTIMEWA...Beza Lelaki & Wanita

Lelaki:
 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh
bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin
dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke
atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak
lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik
dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu
sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut
kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena
tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.


Wanita :
 
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar
rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
 anak.
 Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat
 pada isterinya.
 Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
 Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan
 nifas yang tak ada pada lelaki.
 Pernahkah kita lihat sebaliknya??

 Benda yang mahal harganya akan
 dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
 tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak
 akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
 dengan seorang wanita.

 Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
 taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
 Bukankah ibu adalah seorang wanita?
 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
 harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
 diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
 pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
 dan anak-anak.

 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
 anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
 haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
 ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
 kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
 
 Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
 dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
 isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
 perempuannya. Manakala seorang wanita pula,
 tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki
 ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara
 lelakinya.
 
 Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
 mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4
 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
 Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
 
 Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
 tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
 tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
 pahala seperti pahala orang pergi berperang
 fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
 
 MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
 
 Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya
 istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai
 lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
 maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
 pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan
 HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2
 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam
 keadaan istimewa disisiNYA..
 
 "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan
 janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat
 Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah
 dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
 segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
 nikmatNya. (Ali-Imran:13)
 
 Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
 segala yang telah dikerjakannya dan yang telah
 ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi
 saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
 berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

No comments:

Post a Comment