xleh highlight

Tuesday, 21 October 2014

MELAYU ADALAH PENDATANG?--MALAYS ARE IMMIGRANTS

MELAYU ADALAH PENDATANG?--MALAYS ARE IMMIGRANTS

Dipetik dari facebook pengkaji sejarah dengan nama samaran Srikandi.


Educate urself: Orang Asli dan Melayu
Sesetengah pihak menyangka bahawa Orang Asli adalah pribumi sebenar dan orang Melayu adalah pendatang sepertimana orang putih datang ke Australia yang dah ada aborigine.
This is very stupid wrong.So educate urself.
Soalan pertama,jika orang Melayu pendatang,bila mereka datang ke Malaysia?1880?1511?
Orang Thai adalah 'pribumi' Thailand bukan?Sebelum mereka datang ke Indochina,sudah ada Malay city-states macam Sri Dharmaraja/Tambralinga dan Chih-tu serta federation macam Srivijaya dan Langkasuka bersama-sama kerajaan orang Mon dan Khmer.Bacalah sejarah.Janganlah asyik duduk bawah mangkuk megi.
Ok,sekarang saya nak sekolahkan orang yang anggap Melayu pendatang dan Orang Asli serupa aborigine.
Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua berdasarkan bahasa:
1-Aborigine Malay
2-Aslian
Aborigine Malay memiliki bahasa mirip bahasa Melayu.Contoh Aborigine Malay adalah Orang Kuala,Orang Kanaq ,orang Jakun dan Temuan.Aslian pula memiliki bahasa mirip bahasa-bahasa dalam kelompok Mon-Khmer.Contohnya orang Semai dan Mah Meri.
Aborigine Malay adalah Melayu-Proto.Mereka adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yang lambat menerima anjakan tamadun sebab masih tinggal jauh di daratan dan masih mengamalkan ekonomi sara diri seperti berburu dan mengumpul hasil hutan.Melayu-Proto yang tinggal di pesisiran pantai dan menjalankan aktiviti perdagangan dan pelayaran adalah lebih maju dan terdedah kepada hubungan antarabangsa.Mereka ini kemudiannya menjadi Melayu Deutro (Deutro-Malay).
Nampak hubungan Proto dan Deutro Melayu.
Ini bukan semudah masalah kebanjiran orang Han ke Taiwan(terutamanya ketika Parti Kaomintang kalah dengan Parti Komunis China sehingga menyebabkan pribumi Taiwan makin terdesak ke pedalaman).Ingat,pribumi Taiwan seperti kaum Utsul adalah kaum Austronesia yang bahasanya mirip bahasa Melayu!
Jadi sebab itu saya tanya,jika Melayu adalah pendatang Malaysia, bilakah TARIKH KEDATANGAN ORANG MELAYU KE MALAYSIA?Ketika Kesultanan Melaka?Masalahnya Batu Bersurat Terengganu berbahasa Melayu ditulis lama sebelum Kesultanan Melaka naik.Okla,zaman Sriwijaya katakan abad ke 7 Masehi.
Tidak tepat sebab ada prasasti Cham berusia abad ke 2 Masehi yang sarat dengan istilah-istilah Melayu.Rujuk nota saya pasal Prasasti Dong Yen Chau di Vietnam.
Okla...okla...mungkin zaman Funan abad pertama Masehi.
Tidak tepat saudara saudari sebab orang Melayu berbahasa dalam kelompok Austronesia.Jika ingin letak label 'pendatang' kepada Melayu maka kena letak label pendatang kepada orang Jawa,Sunda,Bugis,Hawaii,orang Samoa atau orang Papua juga supaya mereka semua ini adalah pendatang di rantau Asia Tenggara dan Pasifik!
Jadi sejak bila wujudnya kaum Austronesia dan bahasa Austronesia?
BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU!
Moral of the story,orang Melayu dan Orang Asli adalah pribumi.Yang bukan pribumi ialah mereka yang takut kena halau dari Malaysia.Takut mati,takut gagal,takut miskin,takut itu,takut ini sebab sedar mereka bukan pribumi.
So take a lesson.Walaupun pribumi,orang Melayu tak jalankan dasar Apartheid macam di Afrika.Orang Melayu tak jalankan Revolusi Budaya macam Mao Tse Tung buat kat China.So why you too noisy like a dog?Rileks,kita cari makan sama2 di Malaysia so duduk diam-diam.
Benda ni sensitif dan ada bukti sejarah,sosiologi dan linguistik.Senang citer,you kalau fight dalam court mesti kalah.Jika benda-benda macam ni dibangkitkan di Indonesia atau Thailand,dah tentu rest in peace.Pernah baca pasal Riot Mei 1998 di Indonesia?
Jadi setiap manusia ada limit kesabaran dia.Jika you nak bohong satu bangsa pasal this crap,itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan stupid retarded.
So...educate urself
~Srikandi

Monday, 8 September 2014

Hadis-Hadis Rasullulah tentang Panji-Panji Hitam Dari Timur.

Dan engkau melihat gunung-ganang, 



engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; 

(demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap – tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; 

sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.


Qur'an Surat Al-Naml: 88


Hadis-Hadis Rasullulah tentang Panji-Panji Hitam Dari Timur.



Al-Liwa’(Bendera-Putih)  dan Ar-Rayah (Panji-Hitam)

1. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:

Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:

Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja. (Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:

Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:

Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.

7. Sabda Nabi SAW:

Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW:

Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW:

Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW:

Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi. (Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW:

Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW:

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW:

Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.


15. Sabda Nabi SAW:

Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid. (Iman Muslim)

16. Sabda Nabi SAW:

Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW:

Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW:

Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. (At-Tarmizi)


Thursday, 20 June 2013

Semoga berjaya mencari sahabat sejati tanpa kepentingan peribadi.

NASIHAT IMAM SYAFIE

PANDUAN BERSAHABAT

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.  Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.  Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.  Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.  Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.  Kalau duka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?  Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.  Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.  Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku.  Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.  Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.  Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya.  Peliharalah cintamu terhadap mereka.  Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.  Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.  Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku.  Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.  Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.  Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.


8.Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati.  Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.
Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.  Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.  Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.  Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.  Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.  Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.  Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.  Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.  Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.  Berpisah dengannya bererti istirehat.  Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.  Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.  Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.