xleh highlight

Sunday, 12 August 2012

Pinggan Antik Bersalut Emas & Batu Loket Antik


Pinggan pusaka bertepi emas hendak dijual, terdapat lima set pinggan.




Batu Loket antik untuk dijual


Harga permulaan adalah RM 1000
Jika berminat sila email ke [nahcodamage@yahoo.com]

Sunday, 5 August 2012

Penjelasan Status Zikir Taubat (Al-I'tiraf)

Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا


Berikut bait-bait yang mahsyur yang dinisbahkan sebagai zikir taubat/munajat dan nama lain, wallahua'lam.




إِلَهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلَا
وَلَا أَقوَى عَلَى النَّارِ الْجَحِيمِ

فَهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوبِي
فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنبِ الْعَظِيمِ


Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu
Namun Aku tidak sanggup ke neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar


Bait-bait di atas sebenarnya bukanlah zikir yang thabit daripada zikir Rasulullah s.a.w. Tidak ditemukan di dalam mana-mana kitab hadith sama ada khutub sittah (kitab hadith yang enam) seperti  Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi,dan Sunan an-Nasai'e mahupun kitab hadith  yang lainnya seperti Al-Muwaththa' Al- Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sunan ad-Darimi, Sahih Ibnu Khuzaimah, Sahih Ibnu Hibban, Mu'jam Al-Kabir, Mu'jam Al-Ausath, Mu'jam As-Saghir (at-Thabarani), Sunan ad-Daruquthni, Mustadrak Al-Hakim mahupun Sunan al-Kubra al-Bahaqi. Jika anda menyemak dan menemukan bait ini di dalam kitab di atas maka penulis sedia menerimanya dan penulisan ini mansukh dengan sendirinya.

Sepanjang pengetahuan penulis, bait-bait ini dinisbahkan kepada beberapa tokoh tertentu antaranya ialah:

1. Daripada al-Imam As-Syafie dalam kitab  Diiwaan al-Imam al-Syafie. Tidak ditemukan bait-bait diatas di dalam al-Diiwaan sebagaimana yang didakwakan.

2. Daripada Rabiatul Adawiyah. Dakwaan diatas tiada asalnya, tiada bukti yang menunjukkannya dan tiada dinuqilkan dalam mana-mana kitab kibar ulama'.

3. Daripada Syair Abu Nawas.

4. Daripada Ash-Sha'raaniyy dalam I'aanah At Taalibiin.

Maka yang thabit adalah datangnya dari  seorang tokoh sufi bernama Ash-Sha'raaniyy dalam I'aanah At Taalibiin yang menyebut bahawa orang yang mengamalkan membacanya secara tetap pada hari Jumaat maka dia akan mati dalam Islam tanpa syak. Lajnah Daa'imah mengeluarkan fatwa membid'ahkan amalan membaca bait-bait ini selepas Jumaat namun tidak mengingkari maknanya yang boleh diinterpretasi dengan beberapa cara.

عن سيدي عبد الوهاب الشعراني - نفعنا الله به - أن من واظب على قراءة هذين البيتين في كل يوم جمعة، توفاه الله على الاسلام من غير شك، وهما: إلهي لست للفردوس أهلا * * ولا أقوى على نار الجحيم فهب لي توبة، واغفر ذنوبي * * فإنك غافر الذنب العظيم ونقل عن بعضهم أنها تقرأ خمس مرات بعد الجمعة..


Maka bait diatas bukanlah bait zikir yang thabit dari Rasulullah s.a.w dan ia tidak boleh diamalkan sama sekali sebagai zikrullah baik ketika sesudah solat, ketika qiamullail dan sebagainya atas dasar ibadah. Sebagi umat Islam, kita seharusnya memohon kepada Allah akan rahmatnya untuk ke syurga dan bukan ke neraka. Menyatakan tidak layak untuk ke syurga adalah tidak tepat kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya, sesiapa sahaja yang dikehendakiNya boleh berada dalam syurga, insyaAllah. Lemahnya bait ini jika dianggap  zikir adalah kerana bait ini dengan jelas menyalahi hadith Rasulullah s.a.w:


فإذا سألتم الله فسلوه الفردوس
الراوي:أبو هريرة المحدث:البخاري - المصدر:صحيح البخاري- الصفحة أو الرقم:7423

"Jika anda meminta dari Allah, mintaklah syurga Firdaus" (Riwayat al-Bukhari no 7423)


Cara Beramal Dengan Bait Ini

Menyatakan bait ini adalah zikir merupaka bid'ah dan satu kesalahan yang besar kesannya. Apatah lagi beramal dengan nya yang mana ia tiada sandaran yang thabit dari zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Adapun begitu tidak menjadi kesalahan jika ia dinisbahkan sebagai syair, nasyid, dan sebagainya dan bukan sebagai suatu bentuk zikrullah. Berikut adalah terjemahan daripada keseluruhan bait syair tersebut:


Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu
Namun Aku tidak sanggup ke neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
Terimalah taubatku Wahai Tuhan yang Maha Tinggi
Dan usiaku berkurang setiap hari,
Dan dosaku pula bertambah setiap masa
Tuhanku, hamba-Mu yang sering melakukan
maksiat telah datang kepada-Mu
Senantiasa Berbuat dosa, dan sesungguhnya
telah berdoa kepada-Mu
Jika Kau ampunikan, maka itu hak-Mu
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi
yang hendak kami harapkan seperti-Mu 




Menerusi bait-bait ini maka tidaklah menjadi suatu kesalahan disisi syara' jika ia diungkapkan sebagai syair arab atau nasyid atas beberapa alasan berikut:

1.  Tidak ada satu ayat pun yang menunjukkan bahawa si hamba itu berkata bahawa dia tidak mahu ke syurga, ia hanya menyatakan yang dengan keadaan dirinya sekarang bahawa tidak layak syurga itu untuknya. Bukan tidak mahu ke syurga. Tidak mahu ke syurga dan tidak layak ke syurga adalah dua ayat yang berlainan maksudnya.


2. Syair ini berbentuk rintihan, luahan hati. Ia selari dengan maksud 'kita tidak masuk syurga sebab amal kita, sebaliknya dengan rahmat Allah'. Ia hanya satu rintihan seorang hamba, yang mengakui bahawa amalnya tak banyak, amalnya tak mampu bawa dia ke syurga, melainkan kalau Allah yang izinkan kerana amalan bukan penentu mutlak seseorang itu ke syurga melainkan dengan rahmatNya. 



Kesimpulan 

Bait-Bait tersebut bukanlah zikir dan tidak boleh menisbahkannya sebagai zikir apatah lagi beri'tiqah dan mengamalkannya sebagai zikir. Banyak zikir-zikir yang terkandung dalam hadith-hadith sahih yang tidak kita amalkan sepenuhnya lagi, jadi tiada sebab untuk mewujudkan zikir lain yang tiada sandarannya dari Rasulullah s.a.w. Adapun begitu ia boleh diamalkan dalam bentuk syair arab atau nasyid sebagai rintihan kita, hamba yang mengharapkan rahmat Allah s.w.t ke syurga. Penjelasan dan kefahaman yang benar amat penting untuk mengelakkan ummah salah faham antara perkara yang mengikuti sunnah dan perkara yang menjauhi sunnah Rasulullah s.a.w. Sebarkanlah jika anda merasai ianya benar.



والله أعلمُ بالـصـواب



Friday, 22 June 2012

Hak Cipta Menurut Islam | Tiada Hak Cipta Dalam Islam ??

Kenapakah hakcipta diharamkan?

Apakah nas-nas (dalil) yang menyebut bahawa hakcipta adalah haram?

Apakah perbezaan di antara mencuri ilmu dan hakcipta?


Adakah meniru hasil penulisan orang lain tergolong sebagai perbuatan mencuri?


Insya Allah, segala persoalan di atas akan dijawab serinci mungkin oleh saya. Cuma nasihat saya, cuba fahami isi kandungan artikel ini sebelum memberi respon. Terima Kasih

Tidak menghairankan jika didapati ramai orang Islam berpendapat hakcipta adalah halal kerana penguasaan pemikiran barat menusuk ke dalam pemikiran orang-orang Islam tanpa mereka sedari. Sebelum membentangkan hujjah bahawa Islam melarang hakcipta, umat Islam mesti faham bahawa jika orang-orang Barat membenarkan hakcipta terpelihara itu bukan bermakna umat Islam mesti menjadi pak turut dan bersetuju bahawa Islam juga menjamin hakcipta. Bagi membolehkan seseorang itu mengatakan ia dibenarkan atau tidak ; dalil (bukti) mestilah diperolehi dari Al-Qur’an atau Sunnah Atau Ijmak Sahabat (persetujuan para sahabat Rasulullah SAW) atau Qiyas. Dalil yang mengharamkan hakcipta adalah seperti berikut:

Rasulullah SAW bersabda: “Perkara yang paling layak untuk kamu dibayar ialah Kitab Allah” bermakna mengajarnya. Oleh itu jika perkara paling baik supaya kita boleh dibayar ialah mengajar Kitab Allah, maka apa salahnya jika kita dibayar untuk perkara-perkara yang lain selain dari pada Kitab Allah SWT. Walaupun begitu aktiviti menulis buku umpamanya hanyalah merupakan usaha merakamkan ilmu. Oleh kerana menyampaikan ilmu yang dirakamkan adalah sama dengan merakamkannya seperti dalam bentuk penulisan, kita dibenarkan oleh Islam untuk menerima bayaran. Rasulullah SAW pernah mewajibkan tawanan perang Badar mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sebagai tebusan . Ini adalah bukti bahawa kita dibenarkan mengupah orang untuk menyampaikan ilmu.

Apabila ilmu itu telah disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan, maka ilmu yang diterima oleh seseorang itu menjadi haknya. Oleh itu, orang yang menerima ilmu itu berhak menyampaikannya kepada orang lain sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan dan boleh mendapat bayaran darinya. Oleh itu mereka yang diajar membaca dan menulis oleh tawanan-tawanan Perang Badar berhak mengajar orang lain tanpa mendapat izin dari orang-orang yang mengajar mereka. Tambahan pula, ilmu secara umumnya adalah dibenarkan (mubah). Dibenarkan bermaksud semua oramg dibenarkan menerima ilmu, dibayar kerana mengajarnya (sesiapa sahaja yang mengajarnya dan tidak semestinya orang-orang yang mula-mula mengajarnya). Ilmu adalah hak milik sesiapa sahaja yang memilikinya dan bukan hanya hak milik orang yang mengajarkannya sahaja. Oleh itu, selagi seseorang memiliki ilmu, ilmu itu adalah miliknya tetapi jika dia mengajarkannya kepada orang lain, dibenarkan bagi sesiapa pun untuk menggunakan ilmu tersebut melalui sebarang kaedah tanpa izin pemilik ilmu yang asal.

Oleh itu tiada siapa berhak untuk memiliki hakcipta kerana apa yang ditulis dalam buku contohnya adalah ilmu. Selagi seseorang memiliki ilmu itu, itu adalah haknya tetapi apabila dia telah mengajarkanya kepada orang lain secara lisan atau penulisan atau melalui mana-mana kaedah, maka orang lain yang menerima ilmu itu berhak menggunakan ilmu itu termasuk menerima bayaran kerana mengajarnya. Oleh itu, membuat hakcipta adalah satu perbuatan yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT. Menguatkuasakan peraturan hakcipta adalah perbuatan mengharamkan ilmu dari diperolehi dan diajar dan ini bertentangan dengan Islam yang menggalakkan pengembangan ilmu. Oleh itu, diharamkan bagi sesiapa pun untuk mempunyai hakcipta.

Walaubagaimanapun, ini bukan bererti bahawa apabila seseorang membeli buku atau program komputer contohnya dan mendakwa bahawa beliau (pembeli) adalah pengarang buku itu atau program komputer itu. Dakwaan seperti ini adalah pembohongan (Bukan tergolong sebagai perbuatan mencuri dan diharamkan oleh Islam).

Disamping itu, jika buku atau program komputer itu diperolehi secara sah disisi Islam, adalah milik orang yang memperolehinya. Oleh itu sebagaimana dengan barang pemilikan lain, buku atau program yang mengandungi ilmu itu boleh dijual, disewa, diajar dan sebagainya. Oleh itu sesiapa yang mengatakan bahawa seseorang boleh memiliki sesebuah buku atau program komputer yang ditulis oleh orang lain tetapi tidak boleh menjualnya atau menyewakannya atau menghadiahkan apa yang dimilikinya sebagaimana yang dibenarkan oleh Islam ke atas pemiliknya bermakna mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Islam.

Tentang isu mencuri ilmu seseorang, terdapat 3 syarat dalam Islam yang menjadikan sesuatu perbuatan itu dikategorikan sebagai mencuri:


(1) Mengambil barang tanpa mendapat izin pemilik barang tersebut.

(2) Mengambil barang dari tempat yang lazimnya ia disimpan.

(3) Nilai barang itu melebihi nilai minimum yang ditetapkan oleh Islam sbg perbuatan mencuri

Oleh yang demikian, perbuatan seperti meniru ilmu atau mengajar ilmu kepada orang lain atau mendapat bayaran hasil dari mengajar ilmu walaupun ilmu itu asalnya datang dari orang lain ia tidak termasuk ke dalam ketiga-tiga syarat yang ditetapkan di atas dan Islam tidak mengkategorikannya sebagai perbuatan mencuri..

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang terpengaruh dengan pola pemikiran bukan Islam. Jadikanlah Islam sebagai mabda’/ideologi yang memandu kehidupan kita.

Wallahu A’lam


“penyalinan semula artikel ini adalah amat- amat dialukan untuk disampaikan kepada orang lain. Semoga usaha kita diberkati oleh Allah”