xleh highlight

Wednesday, 1 February 2012

HENDAK MENCONTOHI RABIATUL ADAWIYAH TIDAK BERKAHWIN ??

PERSOALAN 




Saya sangat meminati kisah-kisah Rabiatul Adawiyah. Saya ingin jadi sepertinya, menghambakan diri kepada Allah seumur hidup semata-mata kerana Allah tanpa berkahwin. 



PANDANGAN 



Niat untuk jadi seperti Rabiatul Adawiyah memang baik. Secara peribadi saya memang 


menggalakkan. Tapi anti boleh juga mencontohi mereka yang lebih baik daripada Rabiatul 


Adawiyah iaitu Khadijah (isteri Nabi), Aisyah (isteri Nabi) dan Fatimah (anak Nabi, isteri 


Saidina Ali). Mereka tentunya lebih baik daripada Rabiatul, dan mereka berkahwin. 




Fatimah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW adakah wanita lain yang akan 


mendahuluinya masuk ke dalam syurga. Nabi Muhammad menyebutkan seorang wanita. 


Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut. Rupanya amalan yang membolehkan wanita itu 


mendahuli Aisyah mudah sahaja. Sewaktu suami wanita itu pulang dari bekerja, wanita itu 


telah siap menunggu dengan air minuman kalau suaminya dahaga, rotan untuk suaminya 


memukulnya senadainya dia ada melakukan apa-apa kesalahan dan menyelakkan sedikit 


kainnya jika si suami memerlukannya. Wanita yang mendahuli Fatimah ini seorang yang 


berumahtangga. 



Rabiatul Adawiyah juga ada dua orang. Kedua-duanya wali Allah. Yang lebih terkenal itu 


ialah Rabiatul di Basrah. Seorang lagi Rabiatul di Syam (ada ulama mengatakan bahawa 


nama sebenarnya Rayiatul Adawiyah). Rabiatul di Syam ini bersuami. Setelah kematian 


suaminya, dia sendiri pula meminang seorang ahli sufi lain sebagai suaminya. 



Kalau kita seorang yang cenderung kepada keagamaan, maka eloklah kita berumahtangga. 


Ini kerana genetik baik (iaitu cenderung ke arah agama) itu beserta tarbiyyah kita 


insyaallah akan diwariskan kepada anak-anak. Sebab itu para sahabat majoritinya 


berpoligami, hingga mereka menghasilkan generasi tabiin yang merupakan generasi terbaik 


selepas zaman sahabat. Orang-orang alim juga digalakkan berpoligami agar baka baik 


mereka boleh turun kepada anak-anak dan seterusnya membanyakkan umat Nabi 


Muhammad yang baik-baik. 



Ringkasnya, anti boleh memilih mana yang anti rasa terbaik. Renung-renungkan. 


Wallahualam. 

Sunday, 29 January 2012

Coklat sneaker mengandungi gelatin babi ???

Coklat  sneaker mengandungi gelatin babi ???




Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat 

seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di 


belakang sebelah nombor berat.



Cap Ini bermakna



bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!


Mereka meletakkan tanda ini untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian 

bahawa coklat tersebut mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan haiwan


TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda


dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN 

Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari 

ALLAH S.W.T



Setelah sy meng'google' sy jumpa tanda ini

Vegetarian mark &
Non-vegetarian mark
Veg and non veg marks.jpg
The green dot symbol (left) identifies vegetarian food, and the brown/red dot symbol (right) identifies non-vegetarian food.
Effective regionIndia
Effective since2006
Product categoryPackaged food products
Legal statusMandatory
Mandatory since2006 


Ok senang citer symbol hijau untuk vegetarian, simbol  selain hijau adalah makanan bukan vegetarian…
so lu pikir lah sendiri

Saturday, 28 January 2012

Macam mana nak klik kanan & Ctrl A + Ctrl C + Ctrl V

Maafkanlah saya kerana menyusahkan anda yang berniat mahu menyalin entri blog ni, 

saya tahu sukar untuk anda klik kanan dan menyalin entri kerana saya memang sengaja buat begitu hahahaha

Oleh sebab itu, saya menyediakan fungsi 'share' di blog ni..ok gunakanlah dengan sebaiknya

ps: sbnrnya kalo nak copy sngt ade caranya, google la sendiri kikiki