xleh highlight

Thursday 7 March 2013

Madah Imam Syafie | Lanteraku

IMAM Al-Shafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud ajaran 
Islam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati 
pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud di sebalik 
ajarannya. 

Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju 
kehidupan, selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan 
yang dilakukan. 

Antaranya:-

Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dan
kecantikannya murah hati.

Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada
dalam kekurangan.

Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada
kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah

Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana
pilihan),sedangkan kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul
Idhthirar (kerana terpaksa).

Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyak
berkhalwat (menyendiri), mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang
bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orang
berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.

Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada
segala perbuatan tercela.

Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya
dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.

Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak
ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.

Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia
menginginkan kebaikannya.

Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna
dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.

Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada kemuliaan
baginya.

Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana
kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah menguasai
anda dan anda tidak bolehih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada

anda dan anda tidak boleh menguasainya.

Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih
tercela.

Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan
Allah kepada Ahli Tauhid.